Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang cucu lelaki semalam 23 Julai 2019.
Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan puteranya pagi semalam.
Khabar gembira itu dikongsikan Tunku Azizah menerusi kiriman foto putera itu di Twitter rasmi milik baginda.
Perkongsian itu mendapat perhatian warganet dan dan mendapat lebih 1000 tanda suka kurang 30 minit sejurus gambar dimuatnaik, dan terkini, mendapat lebih 9000 tanda suka dalam tempoh kurang 24 jam.
Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah bernikah pada 4 Ogos tahun lalu.
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.