Semasa & Hiburan
Raja Permaisuri Agong Kembali Ke Twitter, Hiburkan Pengikut Dengan Video Lucu
Our queen is back!
Umum mengetahui sejak beberapa bulan lalu, akaun Twitter rasmi milik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dinyahaktif.
Perkara berkenaan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat yang kebanyakannya mengambil berat dan rindu dengan telatah Tuanku Azizah di laman tersebut.
Namun jelas Tuanku Azizah, dia mengambil keputusan untuk menyahaktifkan Twitter miliknya susulan terdapat alasan tersendiri dan bukan kerana komen-komen yang diberikan oleh rakyat.
Bagaimanapun sejak beberapa hari lepas, Tuanku Azizah nampaknya sudah kembali ke Twitter, bagi menghiburkan pengikut dengan memuat naik satu ciapan dan sebuah video.
tak nak mengaku kalah ….. pic.twitter.com/8NDApnFNs6
— azizah iskandar (@cheminahsayang) October 1, 2019
Video tersebut jelas memaparkan Tuanku Azizah sedang mencuba untuk melakukan satu aktiviti lasak iaitu menaiki flying fox.
Keberanian Tuanku Azizah dipuji ramai selain mendapat perhatian dengan meraih lebih 2,000 komen serta lebih 9,000 likes di laman tersebut.