Connect with us
alt_img>

Hiburan

Raja Ilya Dilamar Kekasih?

Pelakon, Raja Ilya berkongsi berita gembira buat semua pengikutnya di laman Instagram apabila akhirnya telah menerima lamaran kekasihnya dengan memuat naik gambar jari manisnya dihiasi sebutir cincin bertatahkan berlian.

Published

on

Pelakon, Raja Ilya berkongsi berita gembira buat semua pengikutnya di laman Instagram apabila akhirnya telah menerima lamaran kekasihnya dengan memuat naik gambar jari manisnya dihiasi sebutir cincin bertatahkan berlian.

Menerusi perkongsian tersebut, Ilya turut meluahkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada mereka semua yang sentiasa mendoakan kebahagiannya.

“Saya berkata ya. Cincin ini menjadi bukti bahawa saya kini tunangannya.” ujarnya.
“Terima kasih kepada anda yang doakan untuk Ilya selama ini. Doa anda semua termakbul…amin.” tulisnya pada kapsyen tersebut.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial juga teruja dengan khabar gembira tersebut serta mengucapkan tahniah buat pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu.

Sebelum ini, Raja Ilya pernah memberitahu bakal mendirikan rumah tangga pada November tahun hadapan bersama teman lelakinya yang merupakan warga Australia dan menetap di Melbourne sebagai seorang ahli perniagaan.

Tahniah Ilya! Semoga Ilya menikmati setiap detik pada hari bahagia nanti dan dimurahkan rezeki selalu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement