Connect with us
Hot Kool Jam

Ragaman Ramadan

Sinopsis

Alang (30-an) dikenali sebagai Alang Tiga Suku oleh penduduk kampung kerana sifatnya yang lembab dan bodoh-bodoh Alang. Alang sering dimarahi dan dibuli oleh isterinya Suria. Suria tidak cintakan Alang walaupun Alang sangat sayang pada Suria dan sanggup lakukan apa-apa. Suria mempunyai kawan baik iaitu Hamzah seorang pemuda kampung yang agak lembut. Hamzah merupakan orang yang sering berkomplot dengan Suria untuk ponteng puasa. Manakala seorang pemuda bernama Kamal simpati dengan nasib Alang dan selalu menjadi tempat Alang berkongsi masalah. Selain itu seorang gadis kampung yang juga dianggap tiga suku oleh penduduk kampung, iaitu Peah, telah lama jatuh hati pada Alang. Pelbagai insiden yang berlaku sepanjang bulan puasa yang melibatkan Alang, Suria, Kamal dan Peah. Konflik antara mereka semakin memuncak apabila Suria didapati mengandung dan difitnah oleh penduduk kampung. Adakah semua konflik berjaya dileraikan atau akhirnya Alang dan Suria terpaksa berpisah?

Watak & Perwatakan

 

Alang  (Azhan Rani)

Berusia lingkungan 30-an. Dikenali sebagai Alang Tiga Suku oleh penduduk kampung. Seorang yang rajin dan baik hati. Sering menjadi mangsa caci maki isterinya sendiri yang memandang hina padanya. Sangat menyayangi isterinya Suria, walaupun tahu Suria tidak sayang padanya.

 

Suria (Noorkhiriah)

Berusia lingkungan 30-an. Seorang isteri yang derhaka dan selalu menghina suaminya Alang. Seorang yang pemalas, tamak dan kasar. Suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

 

Hamzah (AG)

Berusia 20-an. Pemuda yang agak lembut perwatakannya. Merupakan kawan baik kepada Suria. Selalu menimbulkan masalah di dalam kampung. Di pertengahan cerita Hamzah insaf.

 

Kamal (Muaz)

Berusia 20-an. Merupakan seorang pemuda yang alim dan baik hati. Suka menolong orang dan simpati dengan nasib Alang.

 

Peah (Haiza)

Berusia 20-an. Gadis kampung yang dianggap tiga suku oleh penduduk kampung. Menaruh hati pada Alang sejak kecil lagi. Tidak putus asa mengejar cinta Alang walaupun tahu Alang tidak suka padanya.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement