Connect with us

Hiburan

Radhi OAG Diperintah Buat Sumpah Nafi!

Radhi tak pasti pernah lafaz cerai

Published

on

Vokalis kumpulan OAG, Radhi diperintah membuat sumpah nafi oleh Mahkamah Rendah Syariah berikutan tidak mengingati frasa lafaz yang disebut terhadap isterinya, Mac lalu.

16 Julai depan ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali membuat sumpah nafi di mahkamah.

“Mahkamah tidak minta defendan (Radhi) buat sumpah nafi hari ini kerana kesannya besar (membabitkan) azab Allah dunia dan akhirat.

“Jadi, pada tarikh akan datang mahkamah perintah defendan buat sumpah nafi. Masa yang ada ini, defendan boleh fikir semula apa yang berlaku pada tarikh (25 Mac) itu. Sekiranya masih konsisten, sumpah nafi akan dibuat.”

Sumpah nafi ialah sumpah yang dibuat individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sebarang keputusan.
Terdahulu, ketika disoal berhubung kejadian yang membawa kepada lafaz cerai, Radhi memberitahu bahawa dia tidak pasti mengenai lafaz cerai kerana sedang marah.
Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak, Nur Aisyah dan Muhammad, masing masing berusia 4 dan 3 tahun.

Foto Berita Harian

Ayu dalam pada itu berkata,

“Saya berharap dia jujur kepada mahkamah kerana proses ini sangat rumit. Penat hendak turun naik mahkamah kerana saya juga bekerja.”

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement