Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Putuskan Rantaian Covid-19, Ini 5 Kelebihan MyTrace

Muat turun aplikasi MyTrace di telefon pintar anda sekarang!

Published

on

MyTrace iaitu aplikasi mudah alih pengesanan kontak yang dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kepakaran tempatan akan membantu kerajaan mengesan jangkitan Covid-19 melalui pengesanan kontak, sekali gus berupaya memutuskan wabak itu.

MyTrace membolehkan kerajaan mengesan individu yang berada berdekatan dengan pesakit Covid-19 menggunakan gelombang bluetooth dengan data itu berupaya disimpan dalam tempoh 21 hari di dalam telefon bimbit pintar pengguna.

Kelebihan aplikasi itu dikongsikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter rasmi miliknya pada 3 April lalu.

Katanya, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dikuatkuasakan pada 4 Mei 2020, MyTrace memainkan peranan penting untuk memutuskan rantaian wabak berbahaya itu.

Sekiranya ada kluster Covid-19 yang baru dikesan, aplikasi MyTrace dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan dan memutuskan jangkitan itu secepat mungkin.

Melalui aplikasi MyTrace juga, sekiranya pengguna disahkan positif Covid-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

Muat turun aplikasi MyTrace di telefon pintar anda sekarang!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement