Connect with us
Kool FM

Berita

Putuskan Rantaian COVID-19, Dapatkan Ubat Melalui Pos (UMP)

Pastikan alamat tu betul tau!

Published

on

Dalam zaman yang serba moden ini bukan sahaja makanan, pakaian, kelengkapan rumah dan lain-lain boleh dibeli melalui dalam talian (online), malah ubat pun boleh diperoleh hanya di hujung jari.

Terkini, mana-mana individu yang memerlukan bekalan ubat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP).

Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter rasmi milik mereka.

Ikuti langkah-langkah berikut:-

  1. Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapatkan rawatan. Bekalan ubat susulan akan disediakan setelah pesakit didaftarkan oleh pihak farmasi jika kriteria dipenuhi.
  2. Pos Malaysia akan menghantar ubat dalam lingkungan pungutan dan serahan Poslaju.
  3. Ubat diterima di rumah pesakit atau lokasi pilihan pesakit. Pesakit hanya perlu mengambil ubat seperti yang telah diarahkan.

Bagaimanapun, hanya ubat kapsul dan bukan jenis ubat psikotropik serta memerlukan penyimpanan khusus seperti peti ais sahaja boleh dihantar melalui perkhidmatan pos.

Kos penghantaran ubat pula adalah ditanggung oleh KKM sepanjang tempoh PKP.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement