Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Pusat Perlancongan Ditutup Disebabkan Oleh Manusia!

Published

on


Setiap kali korang pergi melancong, korang mesti nak pergi ke tempat-tempat yang menarik betul tak? Lagi-lagi kalau korang melancong ke luar negara, sudah pasti korang akan pergi ke tempat menarik dan popular untuk korang bergambar dan sebagainya.

Walaupun tindakan ini sedikit sebanyak membantu ekonomi di kawasan tersebut, namun terdapat beberapa pusat pelancongan terkenal yang terpaksa ditutup ataupun terdapat undang-undang baru yang terpaksa dilaksanakan kerana terlampau banyak pelancong ataupun perkara-perkara teruk yang dibuat oleh pelancong bila mereka berada disana. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa pusat perlancongan terkenal yang terpaksa ditutup disebabkan oleh perangai pelancong!

MAYA BAY

Pulau yang popular disebabkan oleh filem yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio terpaksa ditutup disebabkan terlampau banyak pelancong yang datang ke sini dan telah merosakkan pantai pulau yang cantik ini. Pertama kali ia ditutup adalah pada Jun 2018 dan dikatakan akan dibuka kembali dalam beberapa bulan.

Namun pada May 2019, kerajaan Thailand telah menyatakan yang mereka terpaksa menutup pulau ini lebih lama sehingga tahun 2021. Sebelum Maya Bay ini ditutup, ia telah menarik lebih 5,000 orang pelancong setiap hari dan pelancong yang datang disini dikatakan telah membuang sampah merata-rata dan menyebabkan pantai pulau ini menjadi kotor!

SPANISH STEPS

Kawasan tarikkan pelancong yang terletak di Rome ini mula menjadi terkenal sejak tahun 1953 apabila ia telah muncul dalam sebuah filem yang dilakonkan oleh pelakon lagenda, Audrey Hepburn. Semenjak dari hari itu, pelancong telah berpusu-pusu untuk datang ke tangga ini untuk menangkap gambar dan sebagainya.

Image Via: https://www.tripsavvy.com

Namun pelancong yang datang sini pun boleh tahan pengotor juga kerana disebabkan oleh mereka, Spanish Steps yang mempunyai sebanyak 135 anak tangga ini telah menjadi kotor dan dipenuhi oleh tumpahan red whine dan juga gula-gula getah yang dilekat oleh pelancong. Pada tahun 2016, kerajaan Itali terpaksa membelanjakan USD1.68 million untuk membersihkan dan membaiki kembali tangga ini. Kerajaan Itali juga telah mengeluarkan satu undang-undang baharu yang mana sesiapa sahaja yang duduk di tangga ini akan didenda sebanyak USD280 sehingga USD448 seorang!

KOMODO ISLAND

Komodo Island yang terletak di Indonesia ini sememangnya satu tempat yang sangat unik. Pulau ini dipenuhi oleh biawak komodo yang sangat besar dan ganas namun ini tidak membantu pulau ini daripada dirosakkan oleh pelancong yang datang ke sini. Ada kes yang mana pelancong datang ke pulau ini telah bertindak menyeludup beberapa biawak komodo keluar dari pulau ini untuk dijual di pasaran gelap!

Pada mulanya kerajaan Indonesia bercadang untuk menutup untuk menutup terus pulau ini daripada pelancong selama setahun namun mereka mengambil keputusan untuk membuka kembali kepada pelancong namun pelancong harus membayar untuk masuk ke pulau ini. Bagi penduduk Indonesia akan dikenakan IDR5,000 manakala pelancong luar akan dikenakan IDR150,000!

BIG MAJOR CAY ISLAND

Kalau di Komodo Island penuh dengan biawak komodo, di Big Major Cay Island pula penuh dengan khinzir-khinzir liar yang pandai berenang di pantai-pantai. Namun semenjak beberapa tahun, khinzir-khinzir disini dilaporkan telah mati dalam jumlah yang sangat banyak. Ini semua disebabkan oleh pelancong yang gemar melemparkan makanan kepada khinzir ini dan apabila mereka memakan makanan tersebut, pasir-pasir pantai yang melekat pada makanan tersebut turut akan dimakan oleh khinzir dan ini menyebabkan mereka mati kerana terlalu banyak pasir dalam usus.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pelancong yang cuba memberikan khinzir-khinzir ini arak dan juga cuba menaiki khinzir-khinzir ini. Disebabkan oleh perangai pelancong yang tidak senonoh ini, pemilik-pemilik khinzir ini terpaksa berkerjasama dengan kerajaan Bahamas untuk mengurangkan pelancong yang boleh datang ke pulau ini setiap tahun.

KATALAKI: Jagalah alam sekitar kita!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement