Connect with us

Berita

Pusat Peranginan Terkenal, Pulau Boracay Dibuka Semula Jumaat Ini

Pulau Boracay yang terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara kerana keindahan semulajadinya akan dibuka semula buat orang ramai bermula Jumaat ini.

Published

on

Pulau Boracay yang terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara kerana keindahan semulajadinya akan dibuka semula buat orang ramai bermula Jumaat ini.
Terletak di Filipina,  pulau berkenaan sebelum ini pernah ditutup selama enam bulan sejak April lalu bagi membaiki kerosakan akibat kehadiran pelancong yang tidak terkawal.
Kali ini, mungkin hanya segelintir hotel dan restoran sahaja dibenarkan beroperasi, selain mengetatkan kuasaan undang-undang di pantai, termasuk mengehadkan kedatangan pelancong dalam usaha memulihkan semula reputasi pulau itu.
Kesemua langkah ini dilakukan demi melindungi keindahan laut dan kualiti pasir putih pantai yang dikatakan menjadi faktor jutaan pelancong datang setiap tahun.
Menurut Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.
“Ini bermakna kita mengambil kira kesan tindakan keadaan semasa dan pada masa depan ke atas alam sekitar,” katanya.
Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia.
 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement