Connect with us
alt_img>

Hiburan

Punyalah Benci Murad, Sampai Taknak Tolong! – Fizz Fairuz

Fizz berharap peminat tidak terlalu taksub hingga gagal membezakan antara lakonan dan realiti…

Published

on

Datuk Fizz Fairuz tidak sangka ada peminat taksub dengan watak Murad dalam drama Kamar kamariah hingga enggan membantu ketika ditimpa kesusahan.

Fizz berkongsi pengalaman apabila dirinya terkandas di tepi lebuh raya gara-gara tayar keretanya pancit baru-baru ini.
β€œSaya terkejut apabila ada yang meninggalkan komen mendakwa nampak saya terkandas kerana tayar kereta pancit.
β€œTetapi peminat terbabit mengaku enggan membantu kerana benci dengan watak Murad yang saya bawa. Malah, ada yang ajak saya bergaduh di Instagram gara-gara karakter jahat itu.”
Reaksi itu diterima Fizz apabila dia berkongsi video menunjukkan petugas di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sedang membantunya menukar tayar kereta yang pancit.
Dalam drama Kamar Kamariah, Fizz menghidupkan watak Murad iaitu suami kepada Kamariah lakonan Nabila Huda.

Mengaku perlu menghayati watak Murad yang digambarkan sebagai lelaki kejam, Fizz berharap peminat tidak terlalu taksub hingga gagal membezakan antara lakonan dan realiti.
Selain Fizz dan Nabila, drama bersiri arahan Raja Ahmad Alauddin yang sudah memasuki episod kesembilan itu, turut menampilkan Aidil Aziz, Tasha Shilla dan Syafie Naswip.

Sumber: Berita Harian, Instagram Fizz Fairuz

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement