Berita
Pulau Komodo Takkan Ditutup
Populasi biawak Komodo masih stabil dan belum terancam.
Kerajaan Indonesia membatalkan perancangan untuk menutup Pulau Komodo pada tahun depan.
Ia berikutan populasi biawak Komodo masih stabil dan belum terancam di Kepulauan Nusa Tenggara itu.
Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan negara itu akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan lokasi pelancongan, mempertingkatkan latihan renjer, menyediakan kelengkapan lebih baik untuk rondaan serta mendirikan pusat penyelidikan Komodo.
Julai lalu, Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor B Laiskodat berkata, pulau itu perlu ditutup kepada orang awam bagi mengelak proses pembiakan reptilia berkenaan diganggu selain mengurangkan risiko diburu.
Sumber: Harian Metro