Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Pukul Pengawal Keselamatan, Lan Pet Pet Didenda RM 2,000

Seperti kita semua tahu, minggu lalu tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas berusia 68 tahun.

Published

on

Seperti kita semua tahu, minggu lalu tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas berusia 68 tahun.

Dalam kejadian di kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan itu, mangsa difahamkan cedera selepas ditumbuk tiga kali pada bahagian muka serta turut ditendang oleh pelawak lelaki berkenaan.

Pelawak berkenaan yang dikenali sebagai Lan Pet Pet bagaimanapun telah mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan itu.

Oleh itu, dia telah didenda sebanyak  RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban dan kes dianggap selesai.

Sebelum ini, Lan dipercayai berang kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu lalu bertindak di luar kawalan dengan membelasah pengawal keselamatan yang sedang bertugas ketika itu.

Selain ditumbuk di muka sebanyak tiga kali dan ditendang pada bahagian pinggang, Lan juga bertindak membaling batu ke arah mangsa.

Apa pun, sentiasa ingat dalam setiap perkara kita lakukan, harus banyak bersabar dan berfikir sebelum bertindak.

Semoga Lan Pet Pet sedar akan kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement