Connect with us

Berita

Puerto Rico Bersedia Hadapi Taufan Dorian

Pada September 2017, Taufan Maria menyebabkan kemusnahan teruk di Puerto Rico.

Published

on

Ribuan ejen persekutuan digerakkan di Puerto Rico sementara menantikan taufan pertama yang akan melanda wilayah Amerika Syarikat itu sejak ia dibadai Maria pada 2017.

Ramalan kaji cuaca memberi amaran Ribut Tropika Dorian boleh mencapai kekuatan taufan sebaik melintasi pantai barat daya kepulauan itu hari ini.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan, kira-kira 3,000 ejen sudah bersedia untuk bertindak.

“Pasukan komunikasi kecemasan, logistik dan pengangkutan juga ditempatkan di pulau itu,” tulis agensi itu di laman Twitter.

Pada September 2017, Taufan Maria menyebabkan kemusnahan teruk di Puerto Rico yang masih belum pulih sepenuhnya sehingga kini.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement