Connect with us
Kool FM

Berita

Puasa Terapi Kesihatan

Semoga kita semua terus sihat!

Published

on

Ibadah puasa sering dikaitkan dengan aspek kesihatan.

Ini kerana amalan berpuasa melibatkan perbuatan menahan makan dan minum bermula daripada terbit fajar sehingga matahari terbenam yang merupakan satu rutin berbeza bagi kebanyakan umat Islam di bulan-bulan lain selain bulan Ramadhan.

Namun, ada juga orang bukan Islam yang suka berpuasa di bulan Ramadan kerana banyak kelebihannya. Antaranya ia dapat mengurangkan berat badan.

Seperti kita maklum, hikmah puasa boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti kesihatan jasmani, kerohanian, sudut akhlak, sosial serta kemanusiaan.

Perkara itu turut dijelaskan Ustaz Haryanto Rizal Rokman ketika dihubungi penyampai Kool FM, AG, Haiza dan Muaz menerusi segmen Kool Talk: Madrasah Ramadan.

“Secara umum, dengan berpuasa memberi manfaat kepada kesihatan,” katanya.

Ia juga terbukti dalam kajian sainsdimana berpuasa menyumbang kepada kesihatan seluruh tubuh manusia. Hebat, bukan?

Dengan syarat, kata beliau, cara kita berpuasa itu haruslah sama dengan cara yang dianjurkan oleh agama Islam.

Misalnya, cara amalan berbuka puasa dan bersahur amat penting kerana ia memberi tindak balas langsung kepada badan.

Dengarkan perbualan penuh bersama Ustaz Haryanto di bawah:

Tidak dinafikan, menahan diri daripada lapar dan dahaga juga mendorong seseorang itu untuk menjadi cepat marah atau melenting.

“Memang orang lapar ni rajin marah. Bila berpuasa, hendaklah kita mengatakan ‘sesungguhnya aku berpuasa’,” jelas beliau lagi.

Berbicara tentang berpuasa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerak Bersyarat (PKPB) susulan wabak Covid-19, Ustaz Haryanto mengakui Ramadan tahun ini amat berbeza, namun ada hikmahnya tersendiri.

Contohnya, masyarakat tidak berhabis duit untuk berbelanja di bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Beliau berharap mudah-mudahan dalam waktu yang sukar ini dapat menambahkan lagi taqwa kita kepada Allah SWT.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement