Connect with us
Kool FM

Berita

Program Subsidi Petrol dihentikan

Published

on


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tidak lagi melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata,  perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat antara Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata, sebab-sebab ia tidak dilaksanakan adalah untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan penduduk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ini kerana katanya, hanya penduduk Semenanjung Malaysia  yang terlibat dengan program subsidi itu.

“Ia juga untuk mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Bagi kelompok M40 (pendapatan sederhana), mereka hanya menikmati potongan harga ketika mengisi petrol kerana mereka diberikan kad minyak subsidi. Ini boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat berkenaan ketelusan dalam  pemberian subsidi ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd. Kadir (Pas-Setiu) dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini.

Disember lalu, kerajaan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan penangguhan pelaksanaan PSP yang sepatutnya dimulakan pada Januari ini.

Penangguhan itu bertujuan untuk memberikan ruang sesi penerangan dan penjelasan bagi meningkatkan kefahaman rakyat selain mendaftarkan penerima dalam kalangan kelompok M40. – UTUSAN ONLINE

The post Program Subsidi Petrol dihentikan appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement