Connect with us
Kool FM

Berita

PRK Chini: Ini 5 Saranan SPR Bagi Yang Terlibat

Patuhi arahan pihak berkuasa..

Published

on

Pada 4 Julai ini, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini akan berlangsung.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, pada 7 Mei lalu dipercayai akibat serangan jantung.

PRK Chini: 18 polis mengundi awal, esok | Nasional | Berita Harian

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengambil tindakan proaktif dengan meletakkan beberapa panduan selaras dengan prosedur kawalan penyebaran wabak COVID-19 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Ia termasuklah:-

1.   Pengundi keluar mengundi mengikut ‘masa keluar mengundi yang digalakkan’. Ini bertujuan mengelak pengundi berkumpul dalam jumlah yang ramai

2. Pastikan menjaga penjarakan sosial

3. Pakai mask (penutup mulut dan hidung)

Pengundian awal PRK Chini hari ini | Nasional | Berita Harian

4. Bawa kad pengenalan dan pen sendiri

5. Pastikan pengundi dan pegawai yang bertugas sentiasa bersih dan kerap cuci tangan atau pakai cecair pembasmi kuman (hand sanitizer)

6. Pengundi yang menerima kad pengundi tidak lagi perlu membuat semakan di barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat berkaitan dinyatakan dalam kad berkenaan.

Bagaimanapun, pengundi yang tidak menerima kad pengundi boleh membuat semakan di portal SPR pengundi.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)(SPR SEMAK NOMBOR KAD PENGENALAN) dihantar ke nombor 15888 atau menghubungi talian hotline SPR di 03-88927018.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement