Connect with us
Kool FM

Berita

Premis Sukan Dibenarkan Beroperasi Hingga 2 Pagi

Berita gembira buat kaki futsal…

Published

on

Mungkin ramai penggemar sukan indoor seperti futsal dan badminton gembira dengan pengumuman terbaru dari kerajaan, dimana kerajaan hari ini bersetuju membenarkan waktu operasi premis sukan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa  sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil maklum aduan operator premis perniagaan berkaitan sukan.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan operasi premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan dari 12 tengah malam hingga 2 pagi. Walau bagaimanapun, ia sedikit sebanyak mendapat reaksi dan aduan Operator perniagaan berkaitan sukan yang tidak tersenarai dalam pengumuman tersebut.

Premis sukan juga kebiasaannya dikunjungi oleh ramai orang selepas waktu Maghrib atau Isyak, dan jika ia ditutup pada jam 12 tengah malam tentu sekali masa yang diperuntukan tidak cukup bagi semua pasukan atau pemain untuk bermain. 

Atas dasar tersebut, mesyuarat khas yang diadakan bagi membincangkan perkara tersebut bersetuju aktiviti sukan juga dilanjutkan sehingga 2 pagi. Dalam masa yang sama, diingatkan semua pihak yang terlibat sama ada pemain, pengurus premis dan mereka yang hadir masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pastikan anda kekal mematui SOP yang ditetapkan dan menjaga keselamatan diri semasa beriadah dalam premis sukan.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement