Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Popular Selepas Cerai? Ini Jawapan Bella Astillah.

Salute dengan sikap positif Bella!

Published

on

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dikatakan meraih populariti sebaik bercerai dengan bekas suami, Aliff Aziz.

Tidak hanya duduk diam, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, tampil membela diri apabila dituduh sedemikian rupa.

“Hi. Akaun palsu ke ni? Ini semua rezeki Allah SWT. Kalau saya popular sebab itu (cerai) sekalipun, kalau tak ada bakat, tidak boleh juga.
“Semua ini juga rezeki anak saya. Semoga hati awak semakin bersih dan cakap pun yang baik-baik saja, ok,” tulisnya.

Bella juga menegaskan tiada siapa yang menginginkan perceraian apabila mendirikan rumah tangga.

“Siapa yang inginkan perceraian? Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Cuba tanya mak dan ayah kita. Tetapi, kadang-kadang semua (yang berlaku) sudah ditakdirkan dan kita reda dengan ketentuan-Nya,” katanya.

Baru-baru ini, kecoh seorang individu yang dikatakan menggunakan akaun Instagram palsu, meninggalkan komen pada laman sosial Bella dengan mengatakan wanita itu popular sejak dia diceraikan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Ayden yang berusia dua tahun.

Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka sah bercerai pada 16 Mei lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement