Connect with us
Kool FM

Berita

Polis tahan suspek kelar, potong kaki wanita warga asing

Published

on


MELAKA: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita warga asing di sebuah rumah di dalam kebun durian di Taman Bertam Impian, di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suspek berusia 54 itu ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada anak lelakinya sendiri.

“Anak suspek hadir ke Balai Polis Tanjung Minyak kira-kira pada pukul 10.47 malam dan membuat laporan bapanya telah membunuh seorang wanita warga asing di dalam sebuah kebun durian di Taman Bertam Impian, di sini.

“Susulan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka telah ke lokasi dan menahan lelaki berusia 54 tahun terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, hasil soat siasat, suspek telah membawa pasukan D9 di lokasi kejadian dan satu mayat wanita ditemukan dalam keadaan tidak sempurna yang dibungkus di dalam plastik di sebuah bilik bahagian belakang rumah kosong berkenaan.

“Pemeriksaan pasukan forensik mendapati bahagian lutut kaki wanita itu dipotong, selain ada kesan kelar di leher.

“Suspek juga menunjukkan sebilah parang panjang yang diletakkan di dapur dipercayai senjata digunakan untuk membunuh si mati,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

The post Polis tahan suspek kelar, potong kaki wanita warga asing appeared first on Utusan Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement