Connect with us
Kool FM

Berita

Polis kesan dua individu untuk beri keterangan di mahkamah

Published

on


KAJANG – Dua individu warga asing kini sedang dijejaki polis bagi memberikan keterangan di mahkamah berhubung kematian seorang lelaki di Hospital Kajang yang meninggal dunia selepas 12 hari menerima rawatan dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan tentang kematian individu lelaki yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu daripada kakitangan hospital pada 22 Ogos 2018.

“Kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sedang di dalam perbicaraan di Mahkamah Kajang.

“Sehubungan itu, dua individu sedang dicari bagi memberikan keterangan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, individu yang dicari adalah Syamsiah Ismail dengan nombor pasport AT931154 dan Bahari Hasan bernombor pasport AT901612.

“Alamat akhir wanita tersebut adalah di Nombor 2, Jalan Tasek Indah 7, Ampang, Selangor manakala alamat terakhir lelaki itu pula di Kongsi Pekerja Piling, Sungai Lalang, Semenyih.

“Pihak polis juga memohon saksi atau sesiapa yang mengenali kedua-dua individu yang dicari itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asistan Superintendan, Redzuan Mat Salleh di talian 019-2714100 bagi membantu pihak polis,” ujar beliau. – K! ONLINE

The post Polis kesan dua individu untuk beri keterangan di mahkamah appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement