Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

PM Lanjutkan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Tapi Bersyarat!

Published

on


Sejak fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan penangguhan bayaran balik pinjaman bermula 1 April sehingga 30 September disebabkan hampir kesemua aktiviti ekonomi terhenti dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri kita sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan rakyat yang kehilangan pendapatan bulanan. Kini, lebih kurang berbaki dua bulan untuk penangguhan bayaran balik atau moratorium bayaran pinjaman akan tamat.

Sumber: cariangoogle

Bayaran balik dilanjutkan tetapi bersyarat!

Jadi, pada petang tadi dalam satu sidang media Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan satu berita baik di mana pihak kerajaan bersama Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara bersetuju untuk laksanakan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat dikeluarkan, antaranya…

  1. Individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu anda akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan. Selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.
  2. Individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19. Bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.  Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.
  3. Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli. Contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Ogos…

Jika anda anda tergolong dalam syarat di atas, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020.

Semoga langkah yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini dapat menarik sedikit nafas lega kepada rakyat sementara kerajaan dan pihak industri berusaha untuk memulihkan semula ekonomi negara.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

PKPP Diperketatkan! Kawasan Ini Dihadkan Pergerakan

Polis Serbu Pusat Hiburan Ingkar PKPP!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement