Plastiknya Cinta | Kool FM
Home > Dramatik Kool > Plastiknya Cinta

Plastiknya Cinta

/ / /
Comments are Off

Logline:

“Apabila sebuah persahabatan diuji dengan cinta, mampukah pasangan kawan baik ini, terus menjadi diri sendiri, atau memilih untuk jadi plastik?”

 

Sinopsis

Sewaktu umur mereka belasan tahun Faiz pernah berjanji dengan sahabatnya Dahlia; suatu hari nanti jika usia mereka berdua mencecah 33 tahun dan masing-masing belum bertemu cinta sejati, Faiz akan berkahwin dengan Dahlia. Sejak itu Dahlia tidak pernah lupa akan kata-kata Faiz. Sehinggalah usia mereka mencecah 33tahun, Faiz merupakan seorang lelaki tampan yang digilai ramai wanita, tetapi hubungan cintanya semuanya tidak berkekalan. Manakala Dahlia pula tidak pernah mempunyai kekasih dan dalam diam masih mengharap pada sahabatnya Faiz. Faiz pula tidak pernah tahu bahawa Dahlia mencintainya sejak kecil lagi. Faiz menganggap Dahlia kawannya yang paling rapat dan paling memahami. Faiz sering berkongsi cerita tentang wanita-wanita yang hadir dalam hidupnya pada Dahlia. Dahlia pula makan hati dengan cerita Faiz. Sehinggalah suatu hari seorang gadis muncul dalam hidup Faiz. Faiz dan gadis tersebut saling mencintai dan hampir berkahwin. Dahlia kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Faiz akan berkahwin dengan orang lain. Dahlia mengambil keputusan menjauhkan diri dari Faiz. Sejak Dahlia hilang, hidup Faiz tunggang-langgang. Faiz mula sedar yang selama ini, insan yang benar-benar menyayanginya tak lain tak bukan ialah Dahlia. Tanpa disangka-sangka Faiz menyunting Dahlia menjadi kekasihnya. Dahlia terperanjat dan sangat gembira. Sejak itu Faiz dan Dahlia menjadi pasangan kekasih. Suatu hari, Faiz ingin bertemu dengan Dahlia untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada Dahlia. Dahlia sangat gembira dan menyangka Faiz akan melamar dirinya. Sewaktu mereka berjumpa, belum sempat Faiz meluahkan apa yang terbuku di hatinya, Dahlia terlebih dulu mengungkapkan kata-kata. Menurut Dahlia sejak mereka berdua menjadi pasangan kekasih, Dahlia merasa kehilangan. Dahlia rasakan mereka berdua tidak segembira dan sebahagia sewaktu mereka menjadi kawan baik. Rupanya-rupanya Faiz juga ingin mengatakan perkara yang sama kepada Dahlia. Sewaktu sambutan harijadi mereka yang ke 33tahun (Dahlia dan Faiz lahir pada tarikh yang sama), Faiz dan Dahlia berjanji akan menjadi sahabat sejati sepanjang hayat mereka.