Connect with us
Kool FM

Berita

PKP: Orang Awam Dibenarkan Derma Darah

Banyak kelebihan derma darah ni sebenarnya..

Published

on

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,”

Itulah peribahasa yang menggambarkan bersama-sama berganding bahu membantu yang susah dan bergabung ketika bergembira.

Pada 28 April 2020 Malaysia masih lagi di fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan rakyatnya keluar rumah bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Namun, bagi orang ramai yang ingin menderma darah boleh berbuat demikian selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada halangan walaupun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menggalakkan mereka yang ingin pergi ke hospital atau Pusat Darah Negara (PDN) bagi menderma darah.

“Saya telah berbincang hal ini dengan Ketua Polis Negara, mereka yang ingin ke hospital, tidak ada masalah, sekiranya sekatan itu semua, maklumkan kepada mereka,”

Sementara itu, pelakon Azhan Rani baru-baru ini telah tampil untuk menderma darah di Pusat Darah Negara.

Menurutnya, dia sudah menghubungi pihak PDN untuk bertanya selamat atau tidak jika mahu ke sana bagi tujuan menderma darah.

Selepas mendapatkan maklumat terperinci yang tepat, barulah dirinya membuat keputusan dan mengikuti semua perkara disarankan pihak berwajib.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement