Connect with us
Kool FM

Berita

PKP: Belajar Di Rumah Lebih Seronok?

Pasti ramai pelajar yang merindui rakan sekolah mereka. 

Published

on

Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, kita telah diseru oleh kerajaan untuk duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri.

Pelajar juga terpaksa belajar di rumah kerana penutupan sekolah.

Beralih kepada pembelajaran dalam talian, kelas selalunya terhad untuk beberapa jam sahaja.

Justeru, ibu bapa harus memainkan peranan yang lebih besar pada waktu ini demi memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Dalam segmen Kool Talk bertarikh 15 April, penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz ada mendapatkan pandangan daripada seorang cikgu yang mengajar bahasa Perancis, Puan Mia Sara tentang belajar di rumah secara e-learning.

Katanya, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan mempunyai banyak manfaat untuk pelajar menguasai pelbagai bahasa di rumah.

Ibu bapa juga boleh membantu anak untuk memuat turun aplikasi telekonferensi seperti Zoom, Skype atau Google Classroom yang digunakan oleh guru kelas mereka untuk menyampaikan sesuatu topik.

Beliau turut berkongsi beberapa kaedah kreatif dan berkesan untuk membantu pelajar untuk belajar di rumah.

Guru sekolah rendah atau tadika misalnya, disarankan mengajar anak murid menggunakan lebih banyak link cartoon untuk menarik perhatian mereka.

Selain itu, aktiviti menonton pelbagai jenis video ilmiah juga dapat membantu minda pelajar untuk berkembang dan mempelajari bahasa baru.

Pemilihan website yang interaktif turut memainkan peranan penting agar murid tidak cepat jemu dan bosan.

Walaupun belajar di rumah lebih santai, pastinya pelajar merindui rakan sekolah mereka.

Diharapkan wabak Covid-19 segera berakhir agar pelajar dapat menjalani sesi persekolahan seperti sediakala.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement