Connect with us

Berita

Pilot Dilarang Terbang Seumur Hidup

Seorang juruterbang dilarang terbang seumur hidup gara-gara mengizinkan kekasihnya duduk di kokpit.

Published

on

Syarikat penerbangan Air Guilin melarang seorang pilot terbang seumur hidup gara-gara mengizinkan kekasihnya duduk di kokpit selama penerbangan dari Guilin ke Yangzhou, pada 4 Januari lalu.

Gambar berkenaan kemudian dimuat naik ke media sosial dengan keterangan “Terima kasih kepada kapten. Saya sungguh gembira”.

Ekoran  itu,  pembantu juruterbang, pengurus kabin, serta masing-masing seorang pramugari dan pengawal keselamatan dalam penerbangan turut digantung tugas 12 bulan sementara pengerusi syarikat diberi amaran keras manakala tiga bulan gajinya dipotong.

Pengurus besarnya pula diturunkan jawatan selain turut dipotong gaji untuk tempoh sama.

Perbuatan tidak beretika ini terbongkar selepas seorang blogger penerbangan popular di Weibo mengecam perbuatan berkenaan apabila mengongsikan dua gambar dimuat naik seorang penumpang pesawat.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement