Semasa & Hiburan
Pilihan Telefilem Istimewa Sempena Ramadan
Nantikan telefilem penuh pengajaran dan teladan ini di TV3!
Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan.
Waktu inilah paling tepat untuk kita mengumpul pahala sebanyak mungkin.
Kita juga pasti tertunggu-tunggu apakah rancangan menarik yang disajikan di televisyen kan?
Ini antara senarai telefilem istimewa oleh TV3 yang boleh kita tonton sepanjang bulan mulia ini. Penuh manfaat!
1. Amanat
Husin dan Hasan diberikan pendedahan awal dalam pembelajaran Al-Quran sejak kecil kerana ayah mereka mengharapkan anak-anaknya menjadi Qari yang terbaik.
Saksikan telefilem Amanat di Slot Cerekarama TV3 lakonan Nafiz Muaz dan Atiq Azman pada 25 April 2020.
2. Jihad Ramadan
Juita dan Hasan hidup secara sederhana dan bahagia dengan anak perempuan mereka, Alina. Sebuah tragedi telah berlaku sebelum tibanya bulan Ramadan apabila Hasan diperangkap dan didakwa atas tuduhan memiliki ganja.
Menarik, kan? Lebih menarik, telefilem yang akan disiarkan pada 2 Mei 2020 ini dibintangi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Pekin Ibrahim dan Fauzi Nawawi.
3. Tragedi Balik Kampung
Telefilem ini pula akan disiarkan pada 9 Mei 2020.
Amir, Pian dan Lan terpedaya apabila mereka terbeli tiket palsu untuk pulang ke kampung pada hari raya. Mereka bernasib baik apabila jiran yang baik hati sudi pinjamkan van jenazah kepada mereka.
Nak tahu apa terjadi selepas itu? Tak boleh beritahu di sini, kena tunggu 9 Mei!
4. Realiti Ramadan Mike
Saksikan telefilem Realiti Ramadan Mike dibintangi oleh Josiah Hogan, Sara Ali, dan Rayyan Dino.
Akan disiarkan pada 16 Mei 2020, telefilem ini diarahkan oleh Nizam Zakaria mengisahkan tentang kekayaan menyebabkan Halim menjadi seorang yang tamak dan egois. Sikap yang sering menderma hanya untuk mendapatkan ‘status’.
Sampai satu ketika, dia menghidap penyakit buah pinggang namun dia masih tidak gentar kerana dia tahu kuasa duit mampu mengubah nasibnya dengan melakukan transplan organ baru dan penderma yang paling sesuai ialah anaknya sendiri.
Menerusi Instagram TV3, semua telefilem ini akan bersiaran setiap Sabtu jam 9 malam di TV3. Nantikan!