Petua Untuk Hilangkan Parut Hanya Menggunakan Barang Dapur! | Kool FM
Home > Ceritera Kool > Petua Untuk Hilangkan Parut Hanya Menggunakan Barang Dapur!

Petua Untuk Hilangkan Parut Hanya Menggunakan Barang Dapur!

Kesan parut pada kulit badan memang sangat mengecewakan. Kadang-kadang puncanya datang dari gigitan nyamuk je.

Tapi, sebab suka sangat garu ataupun picit, mulalah beri kesan hitam dan berparut.

Nak hilangkan pulak, memang susah. Pakai semua produk yang beli dekat farmasi pun tak berkesan.

Tapi, mungkin boleh cuba beberapa petua mudah dibawah ni:

 

Image result for lidah buaya

  1. Basuh dan bersihkan daun lidah buaya yang segar dari pokok, kemudian sapukan lendirnya pada kulit yang ada masalah parut setiap kali sebelum tidur. Biarkan ia semalaman dan cuci dengan air suam pada keesokan harinya.

Image result for pisang emas

  1. Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Kemudian tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut badan anda. Lakukannya setiap hari sehingga anda nampak perubahannya.

Image result for bedak sejuk

 

  1. Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus, pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu mula hilang.

Image result for tomato and cucumber

 

  1. Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk penyejukan badan. Kemudian, ambil hampas timun dan tomato tadi, gosokkan di bahagian yang ada parut tadi dan amalkannya seminggu sekali.

Image result for tamarind

  1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian goreskan pada batu atau pada bahagian yang kasar. Apabila keluar serbuknya, titskan dengan air dan gosokkan pada parut anda. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

 

Selamat mencuba!

Leave a Reply