Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Petua Orang Lama Hilangkan Pijar Tangan Di Tangan

Lepas ini boleh terus cuba!

Published

on

Rasa pijar tangan selalunya berlaku selepas anda memotong atau menumbuk cili dengan menggunakan tangan. Tangan anda akan rasa macam panas, pedih ataupun ia lebih dikenali sebagai pijar. Memang rasa tidak senang duduk apabila tangan rasa berpijar. Ada orang yang mempunyai kulit yang agak sensitif, tersentuh cili pun sudah membuat tangan terasa pijar. Kalau tangan dah rasa pijar jangan pula ada yang nak gosok mata, nanti tak pasal-pasal pula meleleh air mata pedih.

Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Antaranya anda boleh gunakan:

Gula / Garam

Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan garam atau gula pada tangan. Biarkan selama lima 5 minit, kemudian bilas dengan air. Selain itu juga garam atau gula boleh juga dimasukkan ke dalam bekas mengandungi air suam. Kemudian rendam kedua-dua belah tangan sehingga rasa panas dan pijar akibat cili padi itu hilang.

Thailand bukan lagi pengeksport beras kedua terbesarBeras

Satu lagi petua ialah memasukkan tangan yang telah dibersih ke dalam bekas berisi beras. Biarkan tangan tenggelam di dalam beras sehingga rasa panas tangan akibat cili padi tersebut berasa lega. Untuk pengetahuan suhu beras di dalam bekas ini agak panas sehingga habanya meresap ke tangan. Orang zaman dulu kalau nak peram buah agar cepat masak, mereka akan masukan dalam bekas berisi beras.

1,001 khasiat kelapa

Hampas kelapa

Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.

Air asam jawa

Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.

Eating Healthy with Asam Jawa (Tamarind) | Love Wholesome

Susu pekat manis

Masukkan sedikit susu pekat manis ke dalam bekas, kemudian lumur pada tangan yang panas atau pijar itu sehingga ianya beransur pulih. Susu yang sejuk dari peti ais lagi elok.

Haba panas

Hala tangan ke api dapur yang sedang menyala, biarkan haba panas itu meresap. Kemudian bersihkan tangan tersebut dengan air paip yang mengalir.

Selain itu, anda boleh menggunakan sarung tangan semasa mengasingkan tangkai cili. Apa-apa jenis sarung tangan pun boleh sama ada kain, getah atau plastik. Jadi, tangan anda tidak rasa pijar lagi! Senang saja semua petua ini betul tak? Manalah tahu, bila berlaku nanti boleh dipraktikkan. Kalau terkena pada orang lain, kita boleh tolong sampaikan. Selamat mencuba!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Masa Yang Betul Jika Nak Kuning Telur Cair, Separuh Masak Atau…

Dapur Gas Cepat Habis? Ini Tip Untuk Menggunakan Gas Memasak Dengan Jimat!

 

Sumber: Keluarga

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement