Connect with us

Berita

Petani Maut Dibaham Harimau

Seorang petani maut manakala seorang pelancong tempatan parah akibat diserang harimau Sumatera.

Published

on

Harimau Sumatera merupakan salah satu sub-spesies harimau yang masih bertahan hidup hingga saat ini dan termasuk dalam klasifikasi haiwan yang terancam.

Ahad lalu, seorang petani berusia 57 tahun meninggal dunia manakala seorang pelancong tempatan parah akibat diserang harimau Sumatera di ladang kopi di pulau Sumatera, Indonesia.

Menurut ketua agensi pemuliharaan Sumatera Selatan, Genman Hasibuan berkata, mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal apabila dibaham haiwan terbabit.

Akibat serangan itu, seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian belakang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Kejadian mengejut itu dipercayai berlaku sehari selepas harimau sama menyerang sekumpulan pelancong tempatan yang berkhemah di sebuah ladang teh di Gunung Dempo.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement