Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Pet Peeves! Tak suka dengan bunyi mengunyah? Sila jumpa psikiatri

Published

on


“Ngap ngap ngap!! “ish bising betul lah dia ni kalau tengah makan.. Tak boleh kunyah senyap-senyap ke?”

Ha! pernah tak korang terdetik dalam hati ketika korang tengah makan dengan rakan atau sesiapa? Sis faham perasan tu. Pada sesetengah orang memang menganggu dan ada pula yang sampai hilang selera makan akibat terganggu.

Kita bukanya tak suka orang tu, cuma kita sendiri pun tak tahu kenapa bila ada individu yang mengunyah atau makan mengeluarkan bunyi ni cukup menjengkelkan. Berjalan bunyi tapak kasut pun boleh rasa naik angin.

via GIPHY

Ha kenapa eh? Yang pelik, orang lain tak pula macam ni. Baca punya baca, rupa-rupanya ada kaitan dengan masalah psikiatri guys! Sumber menyatakan korang yang mempunyai masalah seperti ini sebenarnya ada masalah psikologi dan masalah mental serta emosi.

Masalah ini digelar Misophonia. Ia merupakan masalah di mana individu tersebut mengalami masalah psikologi apabila mendengar bunyi-bunyian yang bising di telinga. Bunyi yang tercetus seperti bunyi mengunyah makanan, bunyi pernafasan yang kuat, bunyi ketukan pen, kasut dan lain lain.

via GIPHY

Misophonia ni ada dua tahap. Tahap pertama, mudah panik, tidak selesa, terdorong untuk melarikan diri dari bunyian itu. Manakala tahap kedua, mencetuskan rasa marah membuak-buak, benci, panik, takut dan tekanan emosi. Ia juga membentuk dalam anxiety di mana korang rasa tercabar dengan bunyi-bunyian seterusnya mengaktifkan misophonia!

via GIPHY

Jangan risau, keadaan ini boleh dirawat dengan cara yang berkesan di mana korang harus melalui terapi bunyi dan kaunseling. Kalau korang jenis mudah terganggu, pakailah ear buds atau ear plug untuk mengelakkan daripada mencetus misophonia tu.

Sumber:Wanista.com

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement