Connect with us

Berita

Pesawat Terhempas Di Kawasan Kediaman

Kejadian berlaku kira-kira 32 kilometer dari Philadelphia di Upper Moreland, Pennsylvania.

Published

on

Sebuah pesawat ringan terhempas di belakang sebuah kediaman di Philadelphia semalam, mengakibatkan tiga penumpang maut.

Difahamkan, pesawat penumpang satu enjin itu terhempas kira-kira 32 kilometer dari Philadelphia di Upper Moreland, Pennsylvania pada jam 6 pagi (waktu tempatan).

Polis dalam satu kenyataan berkata, mereka menerima panggilan daripada seorang penduduk yang melaporkan mengenai pesawat terbabit.

“Polis berjaya mengesahkan bahawa pesawat itu membawa tiga penumpang dan kesemuanya terbunuh.

“Serpihan pesawat terbabit dijumpai bertaburan di kawasan belakang empat kediaman,” kata polis.

Mangsa merupakan pasangan suami isteri berusia 60 tahun dan 54 tahun serta anak perempuan mereka berusia 19 tahun.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement