Connect with us

Hiburan

Pesanan Amy Search Buat Anaknya Bikin Netizen Sebak

Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering menyaksikan masalah remaja yang semakin hari semakin merisaukan.

Published

on

Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering menyaksikan masalah remaja yang semakin hari semakin merisaukan.

Justeru, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak. Peranan ibu bapa penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan baik, masalah yang berkaitan dengan remaja mungkin dapat dikurangkan.

Sama seperti Amy Search yang turut menitikberatkan tentang perkara berkenaan, sehingga mengambil langkah untuk menulis dari hati tentang hal-hal peribadi di Instagramnya.

Terbaru, dia menulis pesanan seorang ayah kepada anak perempuannya, Sania Samara.

Nanti satu hari kamu punya pilihan apa yang kamu inginkan dalam hidup dan aku cuma nasihati yang terbaik. Ada kala kamu bisa cuba sesuatu bukan dalam keinginanmu sebagai tangga ke impian mu.

Pesan Amy lagi, kejayaan yang dikecapinya kini adalah atas berkat doa ayah dan emak.

View this post on Instagram

Nti satu hari kamu pnya pilihan apa yg kamu inginkn dlm hidup mu dn aku cuma nasihati yg terbaik. Ada kala kamu bisa cuba sesuatu bkn dlm keinginan mu sbagai tangga ke impian mu. Ingat kejayaan daddy ats berkat doa ayah dn emak. Bila dh berjaya jgn sombong dn mendabik dada. Sepatah org tua ckp di balas dgn seribu patah yg penuh dgn kesombongan. Jgn sesekali di caci kaum keluarga mu dn jgn kamu lupa di saat kamu kesulitan keluarga mu lah akn berada di sisi mu dn aku berada paling di depan utk melindungi mu tpi jgn lah hnya di saat kesulitan bersama keluarga bila senang kamu tinggalkn keluarga mu. Jika kamu lupa semua ini mana mungkin kamu mndpt keberkatan dri Allah swt Kita tidak punya apa2 tnpa doa ibu dn ayah. Moga menjdi anak yg berjaya dunia dn akhirat. Moga Allah sentiasa melindungi mu. AmeenYRA🙏 #amysearch #saniasamarasuhaimi

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

“Bila dah berjaya jangan sombong dan mendabik dada. Sepatah orang tua cakap dibalas dengan seribu patah yang penuh dengan kesombongan.

“Jangan dicaci kaum keluargamu dan jangan kamu lupa di saat kamu kesulitan keluargamulah akan berada di sisimu dan aku berada paling di depan untuk melindungimu.

Pesan Amy lagi agar jangan hanya disaat kesulitan bersama, tetapi tinggalkan keluarga apabila sudah mengecapi kesenangan hidup.

“Jika kamu lupa semua ini mana mungkin kamu mendapat keberkatan dari Allah swt. Kita tidak punya apa-apa tanpa doa ibu dan ayah.

“Moga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Moga Allah sentiasa melindungimu,” tulis Amy.

Amy Search dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu, Nabila Huda, Irisha Myra, Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi daripada empat perkahwinannya,

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement