Connect with us
alt_img>

Donna

Pesakit Main Gitar Ketika Pembedahan Otak Atas Dirinya Dilakukan

Selalunya jika apa-apa pembedahan dilakukan ke atas seorang pesakit, jarang kita dapat lihat pesakit dibenarkan untuk melakukan apa-apa pergerakkan.

Published

on

Selalunya jika apa-apa pembedahan dilakukan ke atas seorang pesakit, jarang kita dapat lihat pesakit dibenarkan untuk melakukan apa-apa pergerakkan.

Namun berbeza dengan apa yang berlaku kepada seorang pesakit ini ketika prosedur pembedahan dilakukan. Dia dibenarkan untuk bermain alat muzik iaitu gitar kesayangannya sambil doktor melakukan tugasnya di dalam dewan bedah.

Seorang ahli muzik berasal daripada Durban, bermain gitar selama enam jam ketika menjalani pembedahan secara sedar untuk membuang ketumbuhan dalam otaknya di sebuah hospital Afrika Selatan.


Musa Manzini, warga Afrika Selatan yang pernah memenangi beberapa anugerah muzik, menonjolkan kemahiran muziknya di Hospital Chief Albert Luthuli ketika pakar bedah cuba memastikan bakatnya tidak terjejas susulan pembedahan tersebut.
Menurut seorang doktor pakar bedah Dr Basil Enicker, dengan bermain gitar, doktor dapat menguji bahagian otak yang boleh atau tidak boleh dipotong sebelum membuang sebanyak mungkin ketumbuhan itu.
Untuk sambungan kisah ini, layari www.donna.com.my
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement