Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

“Pesakit COVID-19 Boleh Dijangkiti Lagi…” – KKM

Published

on


Hampir empat bulan negara kita berusaha dalam memutuskan rantaian wabak berbahaya, COVID-19. Hasilnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menurunkan kes dari hari ke hari. Ini menunjukkan perubahan positif!

Malah, pernah terdahulu satu kenyataan dikeluarkan bekas pesakit COVID-19 tidak akan kena jangkitan untuk kedua kali kerana mempuyai antibodi yang dapat melawan virus tersebut.

via GIPHY

Antibodi bekas pesakit COVID-19..

Malangnya, KKM semalam telah mengeluarkan satu lagi kenyataan tetang antibodi bekas pesakit COVID-19 ini. Menurut mereka, baru-baru ini terdapat kajian terbaharu mendapati antibodi tersebut hanya bertahan tiga hingga empat bulan terutamanya bagi pesakit yang tidak bergejala.

Dalam pada masa sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian itu perlu dilakukan untuk melihat kewujudan antibodi dalam pesakit berkenaan sekaligus untuk melihat bagaimana respon antibodi itu kerana mereka (pesakit) ini sembuh setelah dijangkiti.

Sumber: google

Terdapat dua jenis antibodi..

Pihak KKM mengulas lagi menerusi status di laman facebook, pakar telah membuat pemerhatian terhadap dua jenis antibodi iaitu Immunoglobulin G (IgG) dan Immunoglobulin M (IgM).

“IgG lazimnya dihasilkan dalam jangka masa yang lama dan petanda untuk mengesan imuniti jangka masa panjang. Namun, saintis di WanZhou mendapati, selepas 8 minggu, antibodi termasuk IgG tidak dikesan pada 40% bekas pesakit tanpa gejala dan 13% bekas pesakit yang bergejala,” terang mereka lagi.

COVID-19 resources for librarians, campuses and health professionals

Sumber: elseiver

Hm, nampaknya bekas pesakit pun boleh dijangkiti lagi sekali dan norma baru yang kita lakukan sekarang ini juga akan berlarutan sehingga virus ditemui walaupun Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri telah memberi kelonggaran kepada rakyat dengan membuka beberapa sektor ekonomi dan hiburan.

Paling penting sekarang, jangan kita alpa dengan penjagaan rapi dari segi kebersihan dan pemakaian penutup mulut kerana virus ini boleh dijangkiti sesiapa saja.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ketahui Kedudukan ‘Car Seat’ Bayi Yang Betul Mengikut Peringkat Umur

Tahu Tak Nasi & Roti Basi Boleh Buat Baja?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: fbkkm

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement