Connect with us
Carta Spotlite Kool

Semasa & Hiburan

Pertunangan Putus, Zara Zya Enggan Komen

Tiada orang ketiga

Published

on

Pelakon Zara Zya mendedahkan, perpisahannya dengan pelakon Hafreez Adam bukan berpunca daripada “orang ketiga”, namun mengaku kekangan masa dan kesibukan dengan kerjaya masing masing antara punca hubungan mereka renggang.

Zara bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita putus tunang itu, dan menganggap tiada jodoh antara mereka.

Menurut Zara kepada BH Online,

“Menjadi kuat dan redha adalah pilihan saya untuk terus melalui kehidupan dan menerima suratan yang tertulis.”

Terdahulu, Hafreez mengakui tidak lagi mengikuti Zara di Instagram sebelum mengesahkan hubungan mereka putus tunang sejak bulan lalu.

Hafreez juga memberitahu, mereka berpisah secara baik.

Pasangan itu mula berkenalan dan bercinta pada 2017 ketika sama sama menjayakan sebuah drama, dan mereka telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement