Acara Komuniti
Pertandingan Filem Pendek Riben Merah
Reka sebuah filem pendek dan berpeluang menang wang tunai!
Yayasan AIDS Malaysia dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia kini menganjurkan Pertandingan Filem Pendek Riben Merah. Pertandingan ini dibuka kepada belia Malaysia berusia antara 13-30 tahun. Tarikh tutup penyertaan pertandingan ini adalah pada 30 April 2021. Anda berpeluang memenangi sehingga RM6,000 dan penyertaan adalah PERCUMA. Maklumat lanjut sila layari rrsf.yam.org.my.