Connect with us
alt_img>

Hiburan

Pernah Fikir Tak Kenapa Misha Omar Selalu "Angkat Kaki" Masa Nyanyi? Ini Sebabnya

Masih ingat lagi tak isu penyanyi Misha Omar mengangkat kaki ketika menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta dalam Anugerah Juara Lagu suatu ketika dulu? 

Published

on

Masih ingat lagi tak isu penyanyi Misha Omar mengangkat kaki ketika menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta dalam Anugerah Juara Lagu suatu ketika dulu?

Masa tu, Misha power jugak! Berjaya merangkul 3 kategori termasuk Juara Lagu, Vokal Terbaik dan Lagu Balada. Hebat penangan kaki terangkat ni kan?
Tapi biasa lah netizen, ada yang suka, ada yang tak suka, marah dan tertanya-tanya mengapa. Biasalah, itu semua pandangan orang. Sebagai penyanyi, nak tak nak, Misha kena terima segala kritikan kan?
Image result for misha omar KOOL
Semalam, menerusi satu temubualnya bersama Linda Onn dalam segmen Petang Kool Misha akhirnya memberi penjelasan tentang perkara berkenaan:

Itu adalah personaliti saya, bukan kerana teknik vokal tapi saya perlu sesuatu untuk dilepaskan.

Bagi memastikan persembahannya pada malam kemuncak AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di ibu negara pada 3 Februari ini lebih menyerlah, Misha turut membuat persediaan rapi dari segi vokal.
Justeru, Misha juga mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan terhadap Dia Fadila serta Datuk Syafinaz Selamat atas tunjuk ajar yang diberi bagi persiapan anugerah terbabit.
Image result for misha omar KOOL

Kali ini, Misha mempertaruhkan single Sampai Bila yang dicipta Sharon Paul dengan lirik nukilan Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri selepas hampir dua tahun Misha berehat.

Lagu ini memberi maksud yang mendalam dalam hidup. Saya pernah mempersoal dugaan yang sedang dilalui. Saya bersyukur diberi sumber kekuatan oleh suami, keluarga dan peminat untuk tampil dengan single terbaharu.

Cayalah Kak Mitch! Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan ok.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement