Semasa & Hiburan
Permintaan Bakal Mertua Alha Alfa Ini Luar Biasa!
Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan mereka.
Isu wang hantaran sering menjadi perdebatan panas susulan baru-baru ini seorang gadis telah dikecam teruk menerusi lama sosial gara-gara meminta sekurang-kurangnya RM15,000 kerana menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda.
Berlainan pula dengan pasangan usahawan Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Datuk Alha Alfa yang berkongsi cerita menarik ketika ingin melamar bakal isterinya Noor Azlin Ismail.
Menurut Alha, semasa dia menghubungi ibu Azlin untuk meminta izin menghantar rombongan meminang, dia terkejut apabila wanita itu tidak menetapkan sebarang harga sebagai wang hantaran.
Sebaliknya, bakal mertuanya itu hanya meminta senaskhah al-Quran.
Alhamdulillah, semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan mereka.