Home > #CeriteraKool > Perkara wajib anda perlu tahu untuk memilih taska terbaik untuk anak

Perkara wajib anda perlu tahu untuk memilih taska terbaik untuk anak

Macam-macam kes kita dengar kini berkaitan bayi tersedak susu di taska, kematian bayi di taska , kes dera dan pelbagai berita kurang enak menjadikan sesetengah ibu bapa takut untuk menghantar anak mereka ke taska.

Ada juga sesetengah mereka hanya pejam mata menghantar anak mereka ke taska dan pasrah dengan harapan tiada kecelakaan berlaku disebabkan tiada pilihan lain. Yela kan, masing-masing perlu bekerja untuk menyara keluarga.

Okay yang sebenarnya, anda boleh menghantar anak anda ke taska dengan tenang  jika anda teliti beberapa perkara ini dan ambil berat terhadapnya agar tidak menyesal di kemudian hari.

 

Nilai dan pemikiran

Nilai-nilai dan pemikiran yang diterapkan oleh guru-guru di taska, tadika atau pusat asuhan seharusnya tidak jauh beza dengan apa yang diterapkan oleh ibu bapa di rumah. Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan konflik dalaman anak itu sendiri dek nilai dan pemikiran yang berbeza di rumah dan juga taska.

Image result for happy kids

 

Pemakanan

Mungkin ada antara kita sebagai ibu bapa yang bersikap longgar dan tidak kisah akan hal-hal yang melibatkan pemakanan anak.  Apa yang penting, anak tidak lapar dan sentiasa kenyang dengan makanan yang dimakan. Namun, ketahuilah bahawa pemakanan anak adalah sangat penting dalam pembentukan diri mereka. Minda yang cerdas dan badan yang cergas datang daripada pemakanan yang sihat.

Image result for kids food

 

Pergaulan

Pergaulan kanak-kanak di taska, tadika atau pusat asuhan bukan sahaja melibatkan hubungan sosial antara anak lelaki dan anak perempuan, tetapi ianya juga melibatkan bab aurat, pemakaian anak, pengurusan waktu mandi, tempat tidur serta tempat persalinan pakaian anak.

Image result for happy kids

 

Konsep pembelajaran

Konsep pengajaran dan pembelajaran juga turut membezakan sesebuah taska, tadika atau pusat asuhan. Sesetengah taska sangat mementingkan bidang akademik dan pembelajaran pelbagai bahasa sebagai perkara utama. Terdapat juga taska yang bukan sahaja mementingkan bidang akademik, malah turut menyediakan pelbagai aktiviti bermain sambil belajar, menekankan konsep kemahiran kanak-kanak dan keagamaan dalam intipati pembelajaran kanak-kanak di sana.

 

Image result for happy kids

 

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply