Connect with us

Hiburan

Perginya Seniman Yang Menyanyikan Lagu La Obe..

Lagu-lagunya kita sering dengar di majlis perkahwinan..

Published

on

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi yang popular dengan lagu La Obe dan Nga lompak AGo Go kan?

Ala, lagu yang sentiasa diputarkan kalau ada majlis kahwin di kampung tu..

Namun, Malaysia telah dikejutkan dengan berita kehilangan Allahyarham Kassim Rahmat yang meninggal dunia akibat sakit tua baru-baru ini.

Kassim, atau lebih dikenali sebagai Kassim Selamat menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang di rumahnya di Yishun.

Image result for kassim selamat

Penyanyi utama Kumpulan The Swallows itu, meninggalkan seorang isteri Radiah Hadar dan empat orang anak.

Anak perempuannya Kasmawati Kassim berkata bapanya menghidap sakit dementia sejak lapan tahun yang lalu.

Dilaporkan Kassim menggantikan Allahyarham Datuk Ahmad Daud sebagai penyanyi utama kugiran tersebut yang pada awalnya dikenali dengan lagu Si Manis 17.

Kumpulan The Swallows yang pernah terbabit dalam persembahan muzikal [email protected] di Istana Budaya pada tahun 2006, turut pernah mengiringi Allahyarham Biduanita Datin Rafeah Buang.

Kumpulan itu mempunyai keunikannya tersendiri kerana mereka turut mempersembahkan lagu dalam bahasa Bawean.

Takziah diucapkan, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement