Connect with us
Kool FM

Berita

Percaya sistem kehakiman negara – PM

Published

on


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.

Menurutnya, kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. hari ini.

“Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kerajaan turut menghormati hak Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan mahkamah dan meminta untuk diberikan ruang kepada proses undang-undang bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International Sdn. Bhd. bernilai RM42 juta.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd. Nazlan memerintahkan hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan itu
dilaksanakan serentak. – K!ONLINE

The post Percaya sistem kehakiman negara – PM appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement