Connect with us

Berita

Perak Umum Sesuatu Jika Menang Piala FA

Selasa minggu depan pun cuti jugak…

Published

on

Kerajaan negeri Perak menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan satu berita mengenai cuti umum sekiranya pasukan bola sepak negeri berkenaan berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiada keperluan untuk mengumumkan cuti kerana orang ramai masih boleh menggunakan cuti hujung minggu pada Ahad untuk berehat selepas selesai meraikan kejayaan pasukan Perak pada perlawanan akhir itu.

Image result for FAIZAL AZUMU CUTI

“Tidak perlu cuti pada hari Isnin ini kerana Ahad pun, kita masih sempat untuk berehat selepas menyambut kejayaan pasukan Perak di final.”

Jelasnya lagi, Selasa ini juga adalah cuti umum seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sementara itu, Ahmad Faizal memberitahu, perlawanan akhir Perak menentang Kedah itu amat istimewa apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menonton perlawanan tersebut bersama kerabat lain.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement