Home > #CeriteraKool > Penyanyi mengandung 6 bulan ditembak

Penyanyi mengandung 6 bulan ditembak

Hanya kerana tidak menuruti permintaan tetamu untuk berdiri semasa persembahan, seorang penyanyi di selatan Sindh, Pakistan ditembak mati.

Kejadian tersebut yang berjaya dirakam menyaksikan Samina Samoon dibunuh oleh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama.

Suspek juga dipercayai mabuk ketika kejadian dan bertindak meluru menembak mangsa.

Samoon yang dikejarkan ke Hospital Chandka bagaimanapun gagal diselamatkan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Laporan polis telah dibuat suami Samoon atas pembunuhan isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan.

“Isteri saya yang sedang hamil enam bulan dan suspek perlu didakwa atas dua kesalahan membunuh.

 

 

 

 

Daily mail.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply