Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Penyanyi Lagu Memori Cinta Luka Pulang Ke Rahmatullah

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un…

Published

on

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un…

Penyanyi  era 80-an Datuk Nassier Wahab, 57, meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, Selangor.

Berita sedih itu didedahkan oleh penyanyi, Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan kita doakan semoga roh arwah akan ditempatkan bersama roh solehin. Al-Fatihah,” tulisnya ringkas.

Hal ini turut dikongsikan oleh rakan beberapa sahabat artis termasuk Fauziah Ahmad Daud dan Dayang Nurfaizah di laman media sosial mereka.

View this post on Instagram

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman Damai, Tenang, Bahagialah Kamu Di Sisi Ya Khaliq Sahabatku Almarhum Dato Haji Nassier Wahab.. Al Fatihah Buat Mu Sahabatku..😪 Takziah Buat Keluarga Almarhum

A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on

Pada 1 Jun lalu, Nassier atau nama penuhnya Dato’ Hj. Mohd Nasir bin Abd. Wahab pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah lima tahun menahan kesakitan di bahagian gusi.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Memori Cinta Luka itu kemudian berehat sementara daripada industri hiburan untuk kesihatannya kembali  pulih.


Sebelum ini,  Nassier juga pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher pada April 2018.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement