Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Penyanyi Jadi Pengurus Bola Sepak

Published

on


Kebiasaannya, seorang pengurus pasukan bola sepak mesti mempunyai latar belakang pengalaman yang ada kena-mengena dengan bola sepak sama ada pernah beraksi sebagai pemain sebelum bersara atau pernah bertugas sebagai salah seorang staf kejurulatihan. Berbeza dengan Gareth Ainsworth, pengurus kepada Wycombe Wanderers FC yang bersaing di liga EFL League One, England, sebenarnya merupakan vokalis untuk sebuah kumpulan rock yang dikenali sebagai The Cold Blooded Hearts. Siap pernah cipta sebuah lagu yang teristimewa untuk Wycombe Wanderers FC.

Gareth Ainsworth yang lahir pada 10 Mei 1973, berumur 47 tahun, juga merupakan bekas pemain bola sepak profesional sekitar tahun 1991 sehingga 2012 bersama beberapa kelab yang bersaing di EFL League Two dan EFL League One dan EFL Championship. Gareth Ainsworth pernah dapat peluang beraksi di Premier League bersama kelab MK Dons (dulu dikenali sebagai Wimbledon FC) pada tahun 1998 dan 1999, tapi sepanjang terlibat dalam karier pemain bola sepak profesional, khidmat Gareth Ainsworth lebih banyak ditagih oleh kelab-kelab yang beraksi di EFL League Two dan EFL League One dan EFL Championship. Semasa sibuk membina karier di dalam padang, Gareth Ainsworth juga aktif menubuhkan beberapa kumpulan rock yang terdiri daripada APA, Dog Chewed the Handle, Road to Eden dan yang paling terkini, The Cold Blooded Hearts. Kalau kat atas padang, Gareth Ainsworth memang terkenal dengan penampilan yang sentiasa mencuri perhatian. Bila dah jadi pengurus, Gareth Ainsworth masih lagi mengekalkan imej yang lain daripada yang lain ketika memberikan arahan kepada pemain dari tepi padang.

Terbaru, Gareth Ainsworth membuktikan yang dirinya bukan je boleh main bola sepak dan menyanyi, tapi mampu juga menjadi seorang pengurus yang penuh dengan ilmu taktikal apabila berjaya memimpin Wycombe Wanderers FC untuk layak bersaing di EFL Championship, buat pertama kali dalam sejarah kelab. Sebelum ditawarkan jawatan sebagai pengurus Wycombe Wanderers FC pada tahun 2012, Gareth Ainsworth pernah beraksi bersama Wycombe Wanderers FC sejak tahun 2009 sehingga dianggap sebagai salah seorang legenda di Wycombe Wanderers FC.

Sebelum ni, Gareth Ainsworth pernah memimpin Wycombe Wanderers FC melonjak dari EFL League Two ke EFL League One pada tahun 2018. Kali ni, Gareth Ainsworth sekali lagi membuktikan kehebatan membentuk sebuah pasukan yang mengamalkan cara permainan menyerang dan high pressing game apabila berjaya layak bersaing di EFL Championship untuk musim baru akan datang. Buat masa ni, salah seorang pemain Wycombe Wanderers FC yang popular adalah Adebayo Akinfenwa yang terkenal sebagai seorang pemain bola sepak bertubuh sasa.

Peluang Wycombe Wanderers FC untuk melonjak ke EFL Championship muncul apabila saingan EFL League One ditamatkan lebih awal disebabkan pandemik COVID-19, Wycombe Wanderers FC berjaya menamatkan saingan liga di tempat ke-3 mengikut sistem kiraan points per game, melayakkan Wycombe Wanderers FC untuk ke perlawanan play-off. Selepas menewaskan Fleetwood Town di perlawanan separuh akhir play-off, Wycombe Wanderers FC seterusnya membenam Oxford United di perlawanan akhir play-off dengan jaringan 2-1 dan layak bertanding di EFL Championship buat pertama kali dalam sejarah.

KATALAKI: Lepas EFL Championship, sasaran seterusnya dah tentu sekali Premier League. Kalau Gareth Ainsworth berjaya bawa Wycombe Wanderers FC ke Premier League, memang betul pengurus terhebat lah.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement