Connect with us
Kool FM

Berita

Penunggang motosikal maut diseret lori tangki ketika memotong

Published

on


BENTONG – Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret sebuah lori tangki di Kilometer 6 Jalan Bentong-Gombak di sini, semalam.

Difahamkan mangsa yang membonceng bersama seorang rakannya untuk ke bandar Bentong diseret lori berkenaan sejauh kira-kira satu meter.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu berlaku, ketika mangsa, Mohamad Khairunizam Shah Abdul Razak,24, dalam perjalanan daripada Genting Sempah ke bandar Bentong.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai mangsa yang cuba memotong sebuah lori tangki di sebelah kiri terhuyung hayang dan hilang kawalan sebelum jatuh di atas jalan.

“Dalam masa yang sama lori tangki berkenaan terlanggar dibahagian hadapan kiri motosikal ditunggang mangsa menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah,”katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, pembonceng motosikal hanya mengalami kecederaan ringan luka jari tangan dan bibir.

Menurut Yusof, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan menyebabkan motosikal ditunggangnya terbabas dan jatuh di tempat kejadian,” ujarnya. -K! ONLINE

The post Penunggang motosikal maut diseret lori tangki ketika memotong appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement