Connect with us
Kool FM

Berita

Kool Talk: Tabung Kecemasan

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Published

on

Bagi individu yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala rasa cukup, kadangkala rasa tak cukup dan adakalanya kena berhutang dengan kawan atau keluarga.

Semuanya berkait rapat dengan ilmu pengurusan kewangan.

Di dalam segmen Kool Talk pada 12 Februari, tiga penyampai Kool FM AG, Haiza dan Muaz telah membincangkan mengenai topik kepentingan memiliki tabung kecemasan.

Apabila budget gaji bulanan ‘lari’ disebabkan ada belanja tambahan, apa yang perlu dilakukan?

Sesetengah individu menggunakan permainan kutu untuk memperoleh duit lebih, ada yang membeli barang kemas dan ada juga yang meminta ahli keluarga atau pasangan mereka simpankan duit gaji bulanan untuk digunakan di saat kecemasan. Lain orang lain caranya, kan?

Pakar Strategi Kewangan, Encik Taqif ketika dihubungi berkata,  setiap individu perlu ada tabung kecemasan dengan jumlah di dalamnya 3 hingga 6 bulan gaji.

Jika tidak, diri akan sentiasa cemas terutama ketika amat memerlukan wang untuk digunakan saat mengalami sakit demam, keperluan menukar tayar kereta atau kereta rosak dan sebagainya.

Bagaimana cara efektif untuk mengumpul duit kecemasan?

1. Amalkan tabiat menyimpan terlebih dahulu. Bila dapat gaji bulanan terus simpan 10% daripada gaji, kemudian baru belanja untuk membayar bil-bil asas dan kehendak.

2. Sebaiknya, simpan duit kecemasan di tempat yang susah untuk dikeluarkan seperti Tabung Haji.

3. Untuk permulaan, asingkan 10% dahulu daripada gaji dan cuba secepat mungkin menyimpan setengah daripada gaji untuk tabung kecemasan.

4. Kalau boleh, ikat perut untuk cukupkan tabung kecemasan terlebih dahulu sebelum berbelanja untuk diri sendiri. 

Tidak dinafikan, tabung kecemasan atau perancangan bulanan amat penting bagi mengelakkan duit gaji hilang entah ke mana dan untuk memastikan komitmen bulanan juga dapat dibayar dengan tepat pada waktunya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement