Connect with us

Gaya Hidup

Penting! Ketagih 4 benda ini boleh buat kesihatan mental, fizikal korang jadi teruk

Published

on


BILA umur dah makin membesar, kita ada lumrah untuk cuba banyak benda dalam kehidupan kita tau. Sebab itulah, siapa kawan-kawan yang kita pilih untuk kita dampingi sangat memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Sedar atau tidak, kadangkala kita boleh tersilap langkah dan termakan pujuk rayu mereka.

Tapi, tak ada benda yang terlambat. Masih ada masa dan cara untuk kita menjaga kesihatan fizikal dan mental kita untuk hidup lebih tenang. Ada beberapa perkara yang boleh buat kita ketagih dengan cepat namun sangat penting untuk kita jauhi.

Jom baca apakah 5 benda yang sis maksudkan itu!

via GIPHY

Media sosial

Zaman teknologi ini semua orang ada media sosial. Dari budak sekolah sampailah umur 50 an mesti ada akaun media sosial. Tapi yang tak seronoknya apabila banyak masa kita dihabiskan dekat media sosial sehingga kita tak boleh berenggang dengan media sosial. Setiap masa mesti kita sibuk nak pantau setiap notifikasi media sosial yang masuk dalam telefon bimbit kita. Kadangkala tahap ketagihan terlalu tinggi sehingga kita terlupa nak makan, kacau waktu tidur dan paling penting ganggu waktu berehat.

via GIPHY

Game online

Oleh sebab kita ada game online, korang boleh duduk dalam bilik selama mana yang korang nak. Tak salah nak main game, tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai ia merosakkan produktiviti korang seharian. Pergilah keluar dari bilik tidur dan bermainlah permainan yang memerlukan pergerakan fizikal seperti bermain bola sepak, mendaki atau berkebun.

via GIPHY

Junkfood

Sebagai orang muda, sis tahuyang korang emmang nak sesuatu yang cepat. Sebab itulah ramai yang memilih makan di restoran makanan cepat saji. Tapi jangan lupa yang badan korang sebenarnya memerlukan nutrisi yang cukup. Makan terlalu banyak makanan segera boleh menyebabkan korang mendapat banyak penyakit seperti obesiti dan gangguan pencernaan.

via GIPHY

Dadah

Jangan cuba-cuba mengambil dadah. Ini kerana korang tak tahu macam mana nak berhenti nanti. Tidak hanya memberi pengaruh buruk terhadap fizikal, ia juga akan memberikan kesan yang negatif kepada keishatan mental korang. Ada banyak cerita ahli keluarga yang terbunuh gara-gara ketagih dadah.

Ha, itulah antara beberapa benda yang korang kena elakkan atau kawla supaya tak ketagih. Hidup kena seimbang, sis!

Sumber: IDN Times

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement