Berita
Pentas Persembahan Fesyen Diceroboh
Seorang penonton wanita berlari ke atas pentas persembahan fesyen Chanel untuk melakukan catwalk.
Seorang penonton wanita dihalau model popular Gigi Hadid semalam, gara-gara berlari ke atas pentas persembahan fesyen Chanel untuk menyertai barisan model melakukan catwalk.
Kejadian berlaku pada persembahan koleksi musim bunga/panas 2020 Chanel di Grand Palais, di Paris.
Pengawal keselamatan pada mulanya tidak menyedari tindakan wanita itu, lalu dihalang oleh Gigi yang segera membawa dia turun dari pentas.
Wanita terbabit memakai sut berwarna hitam putih mirip rekaan Chanel dan topi, dipercayai pelawak dan bintang YouTube Perancis, Marie Benoliel.
Benoliel turut membuat kenyataan mendakwa dia adalah wanita yang melakukan aksi terbabit.
Sumber: Harian Metro