Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Penjenayah Paling Terkenal, Al Capone Versi Tom Hardy

Published

on


Lebih daripada berpuluh-puluh filem tentang penjenayah terkenal, Al Capone pernah ditayangkan sejak tahun 1959, Tom Hardy merupakan pelakon terbaru yang dipilih untuk memegang watak Al Capone, penjenayah yang membina empayar menerusi penjualan minuman beralkohol secara haram semasa Amerika Syarikat melarang sebarang aktiviti penghasilan, penjualan dan pembelian minuman beralkohol pada tahun 1920 sehingga 1933.

 

View this post on Instagram

 

Capone May 12 Chasing Fonzo ♠️🔥

A post shared by Tom Hardy (@tomhardy) on

Filem Capone yang menampilkan Tom Hardy sebagai pelakon utama, menceritakan mengenai keadaan Al Capone yang semakin tenat selepas menjalani hukuman penjara 11 tahun sejak tahun 1932 ketika berumur 33 tahun, sehingga dibebaskan lebih awal pada tahun 1939 disebabkan masalah kesihatan.

Filem Capone juga merupakan filem pertama yang ditayangkan semasa pawagan di seluruh dunia masih lagi tutup disebabkan penularan wabak COVID-19, dijadualkan memulakan tayangan pada 12 Mei 2020 menerusi video on demand. Buat masa ni, belum ada kepastian mengenai cara untuk kita yang berada di Malaysia menonton filem terbaru Tom Hardy yang bertajuk Capone menerusi video on demand.

Al Capone lahir pada 17 Januari 1899 di New York, Amerika Syarikat, mempunyai latar belakang keluarga yang berasal dari Itali. Mula terlibat dalam dunia gangster sejak remaja, pada tahun 1920, Al Capone menjadi orang kanan kepada mentornya, Johnny Torrio yang mengetuai sebuah organisasi mafia di Amerika Syarikat, digelar Chicago Outfit, aktif melakukan jenayah peperangan darah dengan organisasi mafia yang lain, judi, pelacuran, pembunuhan, penculikan dan termasuk penjualan minuman beralkohol secara haram.

Al Capone mengambil alih kuasa memimpin Chicago Outfit selepas Johnny Torrio ditembak oleh musuh ketat dalam dunia gangster pada tahun 1925. Mengetuai Chicago Outfit dengan cara yang lebih kejam, Al Capone dikatakan terlibat dalam beberapa insiden pengeboman dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 14 Februari 1929, semasa sambutan Valentine’s Day.

Walaupun pernah terlibat dalam beberapa siri pembunuhan kejam, pada 17 Oktober 1931, Al Capone dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun selepas didapati bersalah atas kesalahan mengelak membayar cukai. Al Capone dibebaskan daripada penjara pada 16 November 1939 selepas tahap kesihatan yang semakin teruk, dipindahkan ke beberapa hospital sebelum meninggal dunia di rumah agamnya pada 25 Januari 1947, ketika berumur 48 tahun.

KATALAKI: Al Capone popular dengan gelaran Scarface, disebabkan kesan parut yang boleh dilihat di bahagian muka.



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement